Posts

Showing posts from March, 2017

Rahsia Kulit Gebu Dan Cantik

Image
Setiap wanita mengimpikan kulit yang cantik dan gebu. Sebaik-baik kecantikan adalah lahir dari dalam selain dari luaran. Mari kita kenali kombinasi vitamin yang boleh membantu kita mencantikkan kulit anda bermula dari dalam sehingga luaran. Suami mana yang tidak bangga sekiranya isterinya sering dipuji oleh rakan-rakan kerana menjaga kecantikan kulit sehingga kelihatan anjal, cantik dan gebu. Kan? Tips Tambahan: Amalan Zikir & Ayat Suci Untuk Cantik Mempesona : Sebelum kita pergi lebih jauh dengan kombinasi vitamin penjagaan untuk kulit cantik, aina ingin berkongsi sedikit amalan yang boleh diamalkan kita menurut ajaran Islam. Petua ini telah disampaikan oleh Ustazah Dato’ Dr Fatma El-Zahra untuk kekal awet muda dan cantik mempesona. Kita boleh amalkan kesemuanya atau memilih mana yang kita mahu. Yang penting istiqomah dalam amalan walaupun sedikit.  Kaedah Pertama: Amalan ini dilaksanan selepas waktu solat Isya’ •Tuang segelas air •Bacaan Al-Fatihah dengan sempurna

10 Khasiat dan Kebaikan Vitamin C Shaklee

Image
Punyalah fenomena SR Vitamin C Shaklee ni. Baru je 4 hari ada stok di HQ dan branch dah habis (licin!). Alhamdulillah.. semakin ramai yang mengetahui dan inginkan khasiat Vitamin C Shaklee ini. Setahun menunggu memang berbaloi. Yang penting, kebaikan dan khasiat tersendiri Vitamin C ini yang dicari oleh pengamal supplement Shaklee. Vitamin C kini dilengkapi dengan “Citrus Bioflavonoids Complex” dan juga “Sustained Release System”! Badan kita amat memerlukan Vitamin C. Kenapa? Untuk merangsang pembentukan sel kulit yang sihat Untuk merangsang pembentukan collagen Untuk tulang, gigi, gusi yang sihat Untuk menyokong kesihatan otot, cartilage (tisu), dan saluran darah Juga membantu melindungi kerosakan sel akibat pencemaran sekitar, stress, rokok dan diet pemakanan yang tidak seimbang. Badan kita tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama kerana ianya akan berkurangan semasa kita melakukan aktiviti seharian. Oleh itu, ia perlukan penamba

10 hobi terbaik bakar kalori.

Image
Assalamualaikum, Anda tercari-cari cara untuk tampil kurus dan langsing tanpa kos yang banyak dan masa yang lama? Jom praktikkan 10 hobi ini ;) Menari : Dengan menari, anda boleh membakar kalori sebanyak 443 kalori per jam. Bayangkan jumlah kalori yang terbakar, jika anda lakukan secara rutin sebanyak tiga kali seminggu. Cubalah lakukan, tentu anda gembira dengan hobi baru ini. Memasak: Jika anda seorang yang suka makan, anda boleh mencuba hobi memasak. Walaupun memasak itu bukannya untuk anda, namun anda boleh bahagikan kepada jiran-jiran dan kawan-kawan. Mungkin juga anda boleh memasak makanan kesukaan suami dan pilihlah masakan negara yang belum pernah anda cuba. Dengan aktiviti memotong sayuran, menyediakan bahan masakan. Berjalan di sekitar dapur sambil memasak juga boleh membakar kalori. Kerja-kerja rumah : Biasa yang anda lakukan di rumah seperti menyapu sampah, menyusun atur perabot, mengemas barang-barang lama, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan l

Manfaat limau kasturi

Image
Limau kasturi adalah sejenis buah sitrus yang paling banyak digunakan dalam masakan di Asia Tenggara. Perahan jus limau kasturi boleh memberi rasa segar terhadap makanan dan minuman yang disediakan. Buah ini turut dikenali dengan nama kalamondin (Filipina), Ma-naowan (Thailand), dan jeruk potong (Indonesia) dipercayai berasal dari China dan telah dibawa ke Indonesia dan Filipina. Pokok limau kasturi boleh dikenali melalui batang dan cabang pokoknya yang berduri. Buahnya berbentuk seperti limau dengan saiznya yang kecil. Baunya harum dan menyegarkan. Limau kasturi sangat kaya dengan kandungan vitamin C dan antioksidan yang baik. Terdapat pelbagai kegunaan limau kasturi : Penghilang bau badan : Limau kasturi dikatakan mampu dijadikan sebagai penghilang bau badan terutamanya jika dimakan dengan kulitnya. Limau kasturi menghalang perpeluhan melampau. Ia mengandungi sebatian antibakteria yang baik. Bakteria yang telah bercampur dengan peluh menyebabkan bau badan. Cara p

Antara Vitamin C Dan Glutathione?

Image
Assalamualaikum, Saya perhatikan ramainya orang kita yang obses nak jadi putih dan cerah. Ada yang sanggup berhabis duit beli produk mencerahkan kulit tak mengira sama ada ia selamat itu tidak. Janji boleh putih dalam masa sekejap walaupun muka dan tangan warna lain-lain. Padahal, genetik kita pun rata-ratanya memang `tak berapa nak cerah`. :p 7 fakta ringkas tentang pigmentasi kulit. Sebelum tue, jom fahami dulu macam mana pigmentasi kulit berlaku. Inilah penyebab kulit jadi gelap dan kadangkala muncul tompok-tompok hitam (jeragat). Warna kulit kita datang daripada pigmen yang dipanggil melanin.  Melanin dihasilkan oleh melanocytes, sejenis sel yang terdapat jauh di bawah kulit. •Dengan menggunakan sejenis enzim dipanggil tyrosinase, Melanocytes akan menukarkan tyrosine (sejenis asid amino) kepada melanin. •Melanin yang terhasil ini kemudiannya `dihantar` ke lapisan atas kulit. •Semakin banyak melanin terhasil, makin gelaplah kulit kita. Keadaan mereka yang tiada  ataup

7 Cara Tingkatkan Stamina Anda

Image
Jika boleh, kedai yang berada di seberang jalan sana pun, anda ingin menaiki kereta. Kononnya, malas untuk berjalan kaki dan selesa dengan memandu. Kenapa perlu berfikiran begitu? Ada pula yang baru beberapa minit berjalan tetapi keletihan yang dialaminya itu seperti anda berjalan sejauh tiga kilometer. Keadaan ini bermakna badan anda kekurangan stamina. Stamina ini sangat penting untuk anda melakukan aktiviti seharian bagi mengelakkan anda cepat merasa letih. Jadi, apa kata anda tingkatkan stamina dengan melakukan beberapa perkara ini : BERSUKAN : Menurut James Rippe, seorang pakar kardiologi dan Pengarah Institut Lifestyle Ripple di Shrewsbury, Massachusetts, Amerika Syarikat, sukan terutamanya aerobic adalah ubat terbaik untuk mengatasi keletihan dan meningkatkan tenaga. Senaman lain seperti berbasikal, berenang dan berjalan membantu menguatkan jantung supaya lebih banyak oksigen ke seluruh tubuh. MINUM BANYAK AIR : Kekurangan air dalam badan boleh menyebabka

Rahsia Kekal Langsing

Image
Kebanyakan wanita yang sudah kahwin mesti abaikan bab jaga badan, mungkin sebab dah ada anak. Tapi tahukah anda penampilan untuk suami itu cukup penting?  Tambah pula kalau lelaki yang jenis suka pandang sesuatu yang cantik. Nak ke suami pandang wanita lain? Ada sesetengah wanita, sebelum kahwin badan lansing macam kerengga. Tapi lepas ada anak, semuanya menggeleber dan berat badan naik. Bukan senang nak jaga badan lepas dah bersalin. Yelah,sebelum kahwin ada masa untuk diri sendiri. Dah kahwin ada anak, sibuk jaga suami dan anak je. Sebenarnya ada cara mudah dan rahsia untuk kekal cantik macam anak dara walaupun dah ada anak. 1.      Jangan tidur lambat: Purata waktu tidur yang dicadangkan untuk orang dewasa ialah 6-7 jam sehari. Tapi ramai wanita hanya dapat masa tidur 5-6 jam sahaja. Ini cara mudah untuk kekal cantik dan awet muda. 2.      Pastikan cukup rehat: Walaupun sibuk sepanjang waktu, curi masa rehat selama 15 minit untuk kembalikan tenaga yan

Detox Paling Mudah

Image
Detox Cara Shaklee Assalamualaikum semua, Siapa suka detox? Hari ni aina nak ajar cara detox paling mudah. Nak tahu? Aina memang x suka kunyit. Dari dulu lagi x boleh nak makan kunyit. Padahal dah tahu bahawa kunyit ni sangat sangatlah banyak khasiatnya. 😊 Tak suka tu bukan apa, habis kuning tangan bila pegang kunyit hidup. Dah la nak hilangkannya tu ambil masa dua tiga hari 😂 Tapi sekarang, aina dah jatuh cinta dengan kunyit😊 hihi.. sejak join kelas detox SHAKLEE, baru tau..produk DTX COMPLEX pun ada bahan kunyit tau..sesiapa malas nak kuning tangan dan renyah2..meh telan DTX COMPLEX.  DTX COMPLEX ada: 1. Milk thistle seed 2. Articok 3. Kunyit 4. Dandelion 5. Ling zhi 6. Schizandra Semua ni sangat bagus utk detoksifikasi. Jom DETOX cara SHAKLEE😊 Curcumin yang diekstrak merupakan antara supplement yg terbaik bagi mencegah pelbagai jenis penyakit dengan mudah. Ia dapat menguatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan kerosakan sel-sel badan. Kajian mendedahkan kunyi

Tips suami isteri

Image
✔ HUBUNGAN ANDA DAN SUAMI/ISTERI HAMBAR? ✔ MISS-V TIDAK LG KETAT? ✔ KURANG atau TIADA NAFSU? ✔ MASALAH KEPUTIHAN MENGANGGU HUBUNGAN SUAMI ISTERI? Jika anda mempunyai masalah ini, usah biarkan ia menjadi kudis di dalam rumahtangga. Pasti anda tidak mahu ia nya berlanjutan hingga ke tahap yang lebih parah.... SIAPA YANG PERLUKAN VITAMIN CINTA INI: 1. Pasangan suami isteri yg mengalami HUBUNGAN INTIM YG HAMBAR. 2. Wanita selepas berpantang. 3. Mempunyai masalah RESDUNG, JERAWAT dan ALAHAN. 3. MASALAH KEPUTIHAN. 4. MASALAH MISS V BERBAU Juga sesuai untuk: 1. Ibu-ibu menyusu 2. Pesakit darah tinggi, kolestrol tinggi serta masalah jantung. 3. Masalah perut buncit. 1. ALFALFA COMPLEX: - Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. - Melegakan sakit sendi dan belakang. - Menghilangkan kelesuan dan tekanan. - Memberi kelegaan semasa haid. - Merawat arthritis - Bagus untuk ele

Vivix Shaklee Berbaloi-baloi

Assalamualaikum 😊 Hari ni aina nak share kebaikan dan keistimewaan vivix Shaklee. Apa yang best sangat? Berbaloikah dengan harga yang ditawarkan? Keistimewaan Vivix Shaklee Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal. Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh. Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan. Nak order Shaklee? Pm je aina 012 9

Tip Kekal Cantik

Selain beberapa perubahan pada wajah boleh dilihat termasuklah tekstur dan keanjalan kulit mula menurun. Kulit juga lebih kasar dan penghasilan kolagen juga turut berkurangan. Selain faktor usia, aktiviti dan pencemaran juga turut mempengaruhi berlakunya proses penuaan lebih cepat. Tekanan atau stres ditambah pula dengan gaya hidup yang kurang sihat menyebabkan kulit mulai kusam, kering dan sebagainya. Untuk memelihara kulit wajah, anda perlu menitikberatkan soal penjagaan kulit wajah. Rawatan pagi dan malam: Kulit wajah yang bersih mampu menyerap nutrisi lebih maksima. Cuci bersih wajah dengan menggunakan air suam. Pastikan anda memilih pencuci muka yang  sesuai dengan kulit wajah. Bagi anda yang memakai solekan, pastikan anda mencuci bersih wajah. Untuk menanggalkan sisa-sisa solekan dan kotoran dengan  baik, apa kata gunakan berus wajah yang lembut. Urutan halus dari berus wajah ini juga dapat membantu melancarkan peredaran darah pada wajah. Setelah itu, lap dengan tuala bersih

Wajah Berseri Tanpa Solekan

Image
Wajah yang kelihatan lesu dan kusam sedikit sebanyak mencacatkan penampilan wanita malah ia mungkin mengurangkan keyakinan diri ketika berdepan khalayak. Tampil dengan wajah berseri-seri tanpa mengenakan solekan tebal membuatkan sesiapa sahaja tertarik. Hakikatnya, untuk mendapatkan wajah sihat dan cantik tidaklah memerlukan belanja mahal atau perlu mengambil suntikan tertentu yang tidak diketahui kesan sampingannya. Bagi membantu mengatasi masalah itu, berikut antara langkah yang boleh diamalkan untuk menaikkan seri dan  menyegarkan kembali wajah anda. AIS Sebaik bangun tidur, oles wajah dengan ketulan ais. Ini dapat membantu memberi kesegaran pada wajah di samping menegangkan kulit. Anda juga boleh gantikan ais dengan air sejuk. Bilas wajah setiap pagi dengan air sejuk. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya. SENAMAN WAJAH Seperti anggota tubuh yang lain, wajah juga memerlukan senaman. Senaman ringan ini membantu meredakan otot pada wajah dan membekalkan oksigen. Buka

Senam Atasi Semput

Image
Tanda penyakit asma termasuklah batuk, sesak dada dan kesukaran bernafas terutama pada waktu malam dan awal pagi. Penyebab utama disebabkan pencemaran asap rokok, pencemaran udara, jangkitan virus dan alahan kepada hama atau bulu kucing. Aktiviti fizikal keterlaluan mencetuskan kekejangan dan menyempitkan saluran udara. ASMA DAN BERSENAM Mengikut kajian, hanya lima hingga 10% sahaja, mengalami asma disebabkan bersenam. Serangan asma yang disebabkan senaman mungkin bermula ketika bersenam atau sejurus selepas senaman. Ramai mengalami asma mengelakkan diri untuk bersenam. Mereka berpendapat tindakan itu mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan. Tanpa disedari seseorang yang menghidap asma boleh mendapat manfaat dengan bersenam. Pergerakan senaman itu hendaklah dilakukan secara tepat supaya risiko serangan dapat dikurangkan secara berperingkat. BERSENAM SECARA SISTEMATIK Langkah pertama, dapatkan penilaian perubatan secara teliti. Dapatkan kebenaran doktor sebel

Nukilan Si Gadis

Perempuan, Belajar untuk tidak bergantung 100% kepada orang lain. Belajar berdikari. Belajar uruskan wang. Belajar tentang apa yang diperlukan untuk hadapi masa kecemasan. Kita tak tahu berapa lama orang yang kita sayang ada berapa lama dengan kita. Bukan nak doa yang tak elok. Cuma tak salah bersedia. Teringat kata - kata Dr Azizul semasa jumpa bulan lepas " Saya tengok di kalangan wanita tak ramai yang masih tidak tahu tentang pelaburan untuk masa depan.  Banyak kes kes menyedihkan yang melibatkan wanita sampai saya nak educate wanita ada rumah sendiri walaupun dah kahwin. Kalau single lagilah kena ada rumah sendiri. Kita tak tahu kan sampai bila suami kita ada dan cintakan kita." Educate yourself with a good knowledge. Andai kata kita pernah buat silap, it's okay. Seriously. Past is past. We don't live there anymore. Get up and be stronger. Keep moving and create a beautiful future. Perempuan, Jangan lemah andai kata orang jatuhkan kita. It'

Peranan Vitamin Dalam Tubuh

Image
Sihat, Cantik dan Berseri semudah ABCEK!! Eh mana D? Kenapa ada K pulak? Hehehehe kita fokus kepada vitmain untuk kulit sihat, cantik dan berseri, jadi kita tinggalkan dulu D. Tapi jangan anggap D tidak penting tapi D kita fokus untuk masuk dalam kategori yang lain. Kalau anda mencari vitamin khas untuk kulit,lebih spesifik lagi untuk kulit sihat cantik dan berseri, stop dulu kat sini dan baca entri ini sampai habis ya. Vitamin bukan sahaja untuk sihat tetapi juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan keadaan kulit kita. 5 vitamin utama untuk kulit adalah Vitamin A:  adalah penting untuk menjaga keanjalan kulit, mencegah kekeringan, kedutan dan penuaan kulit. Seseorang kekurangan vitamin A akan mempunyai kulit bersisik, gatal-gatal dan mungkin jerawat. Vitamin A juga memainkan peranan yang amat penting dalam membina semula tisu kulit. Retinoid, satu bentuk Vitamin A digunakan dalam rawatan penyakit kulit seperti psoriasis untuk mengawal pertumbuhan sel.