10 hobi terbaik bakar kalori.


Assalamualaikum,

Anda tercari-cari cara untuk tampil kurus dan langsing tanpa kos yang banyak dan masa yang lama? Jom praktikkan 10 hobi ini ;)





Menari :
Dengan menari, anda boleh membakar kalori sebanyak 443 kalori per jam. Bayangkan jumlah kalori yang terbakar, jika anda lakukan secara rutin sebanyak tiga kali seminggu. Cubalah lakukan, tentu anda gembira dengan hobi baru ini.

Memasak:
Jika anda seorang yang suka makan, anda boleh mencuba hobi memasak. Walaupun memasak itu bukannya untuk anda, namun anda boleh bahagikan kepada jiran-jiran dan kawan-kawan. Mungkin juga anda boleh memasak makanan kesukaan suami dan pilihlah masakan negara yang belum pernah anda cuba. Dengan aktiviti memotong sayuran, menyediakan bahan masakan. Berjalan di sekitar dapur sambil memasak juga boleh membakar kalori.

Kerja-kerja rumah :
Biasa yang anda lakukan di rumah seperti menyapu sampah, menyusun atur perabot, mengemas barang-barang lama, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan lantai, mengubah perabot atau mengemas almari pakaian anda. Tugas-tugas ini sahaja sudah banyak membakar kalori dalam badan.

Berbasikal :
Cubalah sertai komuniti atau kelab basikal. Bukan sahaja untuk membakar kalori tetapi, berbasikal juga dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular, pembuluh darah, dan menurunkan risiko penyakit jantung.

Berenang :
Berenang dapat membangkitkan kembali semangat dan mood anda untuk mendapatkan berat badan ideal.

Bercucuk tanam:
Cubalah usahakan kebun sendiri. Bukan sahaja anda dapat menikmati hasilnya, tetapi aktiviti ini sangat menyenangkan dan menghilangkan tekanan. Malah, ia membuatkan anda langsing.

Jadi juru foto :
Hobi mengambil gambar memberikan sisi kreatif yang anda ada. Tetapi, pastikan anda mengambil objek di luar ruangan anda. Contohnya, mengambil gambar pemandangan yang menarik, bangunan yang cantik dan sebagainya. Cara ini membolehkan anda bergerak dan mengeluarkan peluh. Anda juga tidak perlukan kamera yang mahal, cukup dengan smartphone kegemaran anda.

Latihan Pole Dancing:
Menari di tiang akan membuatkan anda merasa lebih seksi dan percaya diri. Pole dancing, adalah latihan yang memerlukan kekuatan tubuh. Latihan ini sama dengan senaman acrobat.

Kumpul koleksi barang :
Anda pencinta barangan vintaj? Mungkin hobi ini sesuai dengan anda. Dengan mengeluarkan sedikit belanja untuk mengumpul barangan kesayangan anda juga boleh mengeluarkan kalori. Tentunya dengan berjalan-jalan dari satu buah kedai ke kedai yang lain.

Berkuda :
Hobi mewah ini tentu sekali amat menyenangkan. Namun, anda harus berdisiplin dan mempunyai fizikal yang kuat. Malahan, aktiviti ini turut menurunkan kalori seperti anda bersenam di gymnasium.

Sharing is caring J

Aina Samad
0129391473
Shaklee Independent Distributor.


Comments

Popular posts from this blog

Antara Vitamin C Dan Glutathione?

Manfaat limau kasturi

Testimoni Vivix Shaklee