Posts

Showing posts from April 2, 2017

Selamat Tinggal Jerawat

Image
Selamat Tinggal Jerawat! Jerawat adalah salah satu masalah yang amat menjengkelkan bagi kaum wanita. Sudah tentu perkara ini akan mengundang stress dan kadangkala turut menimbulkan perasaan rendah diri. Pun begitu usah terlalu gusar. Menurut laman web kecantikan popular dari seberang, vemale.com, terdapat lima cara mudah dan berkesan yang boleh diterapkan untuk mengatasi masalah ini. Hasilnya pasti terlihat dalam beberapa hari sahaja. Selamat mencuba😊 BAWANG PUTIH : Bawang putih mampu mengusir jerawat yang tumbuh di kulit anda. Ini kerana sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan mikrob. Caranya mudah sahaja, anda perlu melumatkan bawang putih yang sudah dikupas dan letakkan pada jerawat kira-kira 20 minit. Meskipun baunya agak menyengat namun ia merupakan bahan yang tepat untuk mengatasi bakteria dan menyembuhkan dalam waktu yang singkat. TEH HIJAU: Menurut seorang guru kecantikan pop