Peranan Vitamin Dalam Tubuh

Sihat, Cantik dan Berseri semudah ABCEK!! Eh mana D? Kenapa ada K pulak? Hehehehe kita fokus kepada vitmain untuk kulit sihat, cantik dan berseri, jadi kita tinggalkan dulu D. Tapi jangan anggap D tidak penting tapi D kita fokus untuk masuk dalam kategori yang lain. Kalau anda mencari vitamin khas untuk kulit,lebih spesifik lagi untuk kulit sihat cantik dan berseri, stop dulu kat sini dan baca entri ini sampai habis ya. Vitamin bukan sahaja untuk sihat tetapi juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan keadaan kulit kita. 5 vitamin utama untuk kulit adalah Vitamin A: adalah penting untuk menjaga keanjalan kulit, mencegah kekeringan, kedutan dan penuaan kulit. Seseorang kekurangan vitamin A akan mempunyai kulit bersisik, gatal-gatal dan mungkin jerawat. Vitamin A juga memainkan peranan yang amat penting dalam membina semula tisu kulit. Retinoid, satu bentuk Vitamin A digunakan dalam rawatan penyakit kulit seperti psoriasis untuk mengawal pertumbuhan sel....