Wajah Berseri Tanpa Solekan

Wajah yang kelihatan lesu dan kusam sedikit sebanyak mencacatkan penampilan wanita malah ia mungkin mengurangkan keyakinan diri ketika berdepan khalayak. Tampil dengan wajah berseri-seri tanpa mengenakan solekan tebal membuatkan sesiapa sahaja tertarik. Hakikatnya, untuk mendapatkan wajah sihat dan cantik tidaklah memerlukan belanja mahal atau perlu mengambil suntikan tertentu yang tidak diketahui kesan sampingannya. Bagi membantu mengatasi masalah itu, berikut antara langkah yang boleh diamalkan untuk menaikkan seri dan menyegarkan kembali wajah anda. AIS Sebaik bangun tidur, oles wajah dengan ketulan ais. Ini dapat membantu memberi kesegaran pada wajah di samping menegangkan kulit. Anda juga boleh gantikan ais dengan air sejuk. Bilas wajah setiap pagi dengan air sejuk. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya. SENAMAN WAJAH Seperti anggota tubuh yang lain, wajah juga memerlukan senaman. Senaman ringan ini membantu meredakan otot pada wajah dan membekalkan oksigen. ...