Manfaat limau kasturi
Limau kasturi adalah sejenis buah sitrus yang paling banyak digunakan
dalam masakan di Asia Tenggara. Perahan jus limau kasturi boleh memberi rasa
segar terhadap makanan dan minuman yang disediakan.
Buah ini turut dikenali dengan nama kalamondin (Filipina), Ma-naowan
(Thailand), dan jeruk potong (Indonesia) dipercayai berasal dari China dan
telah dibawa ke Indonesia dan Filipina.
Pokok limau kasturi boleh dikenali melalui batang dan cabang pokoknya
yang berduri. Buahnya berbentuk seperti limau dengan saiznya yang kecil. Baunya
harum dan menyegarkan. Limau kasturi sangat kaya dengan kandungan vitamin C dan
antioksidan yang baik.
Penghilang bau badan :
Limau kasturi dikatakan mampu dijadikan sebagai penghilang bau badan
terutamanya jika dimakan dengan kulitnya. Limau kasturi menghalang perpeluhan
melampau. Ia mengandungi sebatian antibakteria yang baik. Bakteria yang telah
bercampur dengan peluh menyebabkan bau badan. Cara pertama adalah memerah dua
biji limau kasturi ke dalam air mandian. Satu cara lagi adalah menggosok limau
kasturi yang telah dibelah dua terus pada kawasan yang berbau.
Pencuci rambut atau kulit kepala :
Limau kasturi yang telah diramas boleh dijadikan sebagai pencuci rambut atau
kulit kepala. Dikatakan cara ini mampu menghilangkan kegatalan pada kulit
kepala malah mampu merangsang pertumbuhan rambut.
Hilangkan jeragat dan jerawat :
Jus limau kasturi yang disapu pada wajah dikatakan mampu menghilangkan
jeragat dan mampu membantu mengatasi masalah jerawat.
Merangsang penghasilan kolagen :
Limau kasturi merupakan bahan penjagaan kulit popular. Ia mempunyai
kebaikan untuk tujuan kecantikan. Kandungan asid askorbik atau vitamin c di
dalam buah ini menguatkan system kekebalan dan meningkatkan penghasilan kolagen
dalam tubuh. Sebab ini jugalah jus limau kasturi diminum sebagai tonik
kecantikan. Apabila disapu pada kulit, ia mampu menghaluskan kulit.
Mencegah demam dan selesema :
Perahan jus limau kasturi penuh dengan vitamin dan mineral. Sebab itu
secara tradisionalnya, buah ini digunakan untuk mencegah demam selesema. Selain
itu, vitamin c dalam buah limau kasturi mampu memastikan penyembuhan segera
daripada jangkitan virus dan bakteria.
Bantu kurangkan berat badan :
Adakah anda cuba mengurangkan berat badan? Apa kata minum jus limau
kasturi setiap hari. Ia segar, sihat dan rendah kalori. Pengambilan kerap jus
limau kasturi membersihkan organ dan mendetoksifikasikan usus. Ia juga mampu
mencegah sembelit, memperbaiki pergerakan usus dan menghapuskan lemak
terkumpul. Ia turut mengenyangkan. Adalah digalakkan meminum jus limau kasturi
sebelum makan agar anda tidak terlebih makan.
Agen pelunturun kulit :
Penduduk di negara Asia suka dengan kulit cerah. Limau kasturi adalah
agen pelunturan yang digunakan. Tidak seperti agen pelunturan lain, ekstrak
limau kasturi adalah amat ringan, semulajadi dan berkesan. Ia juga boleh
digunakan pada wajah dan tubuh tanpa menyebabkan sebarang kerengsaan. Caranya,
sapukan ekstrak jus ini pada tubuh yang mahu dicerahkan. Sapukan dua kali
seminggu dan anda akan dapat kesannya dalam masa dua minngu.
Mencegah kerosakan gigi :
Meminum jus limau kasturi bukan sahaja merangsang rintangan tubuh
terhadap penyakit, ia turut mencegah masalah mulut. Vitamin dalam jus limau
kasturi mampu mencegah kerosakan gigi, gingivitis, pendarahan gusi atau
kehilangan gigi. Ia turut menghapuskan plak dan menghilangkan kesan noda pada
gigi.
Aina Samad
012-9391473
Shaklee Independent Distributor
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
ReplyDelete..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring