Rahsia Kekal Langsing
Kebanyakan wanita yang sudah kahwin mesti abaikan bab jaga badan, mungkin sebab dah ada anak. Tapi tahukah anda penampilan untuk suami itu cukup penting?
Tambah pula kalau lelaki yang jenis suka pandang sesuatu yang cantik.
Nak ke suami pandang wanita lain?
Ada sesetengah wanita, sebelum kahwin badan lansing macam kerengga. Tapi
lepas ada anak, semuanya menggeleber dan berat badan naik.
Bukan senang nak jaga badan lepas dah bersalin. Yelah,sebelum kahwin ada
masa untuk diri sendiri. Dah kahwin ada anak, sibuk jaga suami dan anak je.
Sebenarnya ada cara mudah dan rahsia untuk kekal cantik macam anak dara
walaupun dah ada anak.
1. Jangan tidur lambat:
Purata waktu tidur yang dicadangkan untuk orang dewasa
ialah 6-7 jam sehari. Tapi ramai wanita hanya dapat masa tidur 5-6 jam sahaja.
Ini cara mudah untuk kekal cantik dan awet muda.
2. Pastikan cukup rehat:
Walaupun sibuk sepanjang waktu, curi masa rehat selama
15 minit untuk kembalikan tenaga yang hilang. Memang ajaib. Anda akan rasa
aktif dan bertenaga.
3. Rajinkan diri untuk keluarkan peluh:
Sibuk mana pun anda, lakukan senaman seperti berjalan,
berjoging, berbasikal sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Senaman akan
meningkatkan tahap tenaga anda. Tak percaya? Cubalah dahulu danlihat hasilnya
nanti.
4. Banyak minum air putih:
Pastikan anda minum air secukupnya setiap hari. Air
penting untuk fungsi sel, menyingkirkan toksin dari badan, melancarkan
peredaran darah, mengawal suhu badan, dan buat anda bertenaga sepanjang hari.
5. Buang sikap cepat marah, banyakkan ketawa:
Ketawa melegakan tekanan, meringankan otot,
meningkatkan rasa gembira endorphins, dan mengurangkan hormone tekanan. Ketawa
membantu kesihatan fizikal, emosional dan mental. Ketawa juga buatkan anda
nampak lebih muda.
Macam mana pendapat anda? Rasa nak jaga badan atau
biarkan penampilan serabai.
Aina Samad
0129391473
Shaklee Independent Distributor
Comments
Post a Comment