Senam Atasi Semput
Tanda penyakit asma termasuklah batuk, sesak dada dan kesukaran bernafas terutama pada waktu malam dan awal pagi. Penyebab utama disebabkan pencemaran asap rokok, pencemaran udara, jangkitan virus dan alahan kepada hama atau bulu kucing. Aktiviti fizikal keterlaluan mencetuskan kekejangan dan menyempitkan saluran udara.
ASMA DAN BERSENAM
Mengikut kajian, hanya lima hingga 10% sahaja, mengalami asma disebabkan bersenam. Serangan asma yang disebabkan senaman mungkin bermula ketika bersenam atau sejurus selepas senaman. Ramai mengalami asma mengelakkan diri untuk bersenam. Mereka berpendapat tindakan itu mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.
Tanpa disedari seseorang yang menghidap asma boleh mendapat manfaat dengan bersenam. Pergerakan senaman itu hendaklah dilakukan secara tepat supaya risiko serangan dapat dikurangkan secara berperingkat.
BERSENAM SECARA SISTEMATIK
Langkah pertama, dapatkan penilaian perubatan secara teliti. Dapatkan kebenaran doktor sebelum memulakan sebarang program senaman.
Doktor anda mungkin memberi anda ubat untuk sentiasa membantu membuka saluran pernafasan anda ketika bersenam. Sebagai contoh anda mingkin diminta mengambil albuterol (inhaker pendek bronkodilator) 15 minit sebelum senamam untuk mencegah gejala lelah sehingga kira-kira 4 jam.
Sebaik menerima penjelasan doktor anda, pertimbangkan garis panduan senamam berikut:
Sentisa pastikan ubat berdekatan dengan anda supaya dapat digunakan ketika serangan asma. Berhati-hati dengan tanda-tanda serangan asma seperti sesak nafas dan batuk
Ambil lebih banyak masa untuk memanaskan badan sebelum bersenam. Ini dapat membantu mengekalkan saiz saluran udara yang normal.
Beri perhatian kepada persekitaran senaman anda. Elakkan pendedahan kepada habuk seperti pendebungan dan pencemaran asap kenderaan dan pembakaran. Pastikan persekitaran tempat bersenam panas dan lembap.
Kekalkan jumlah air dalam badan secukupnya. Ini bertujuan mengurangkan pemgumpulan lendir di dalam saluran pernafasan, bagi mengurangkan risiko serangan asma atau jangkitan pada bronkitis atau pneumonia.
Memaksimumkan pertukaran udara ketika pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung. Hembuskan melalui mulut, dengan setiap sedutan, anda perlu melihat atau merasa pengembangan pada perut anda.
Rehat apabila perlu dan prihatin dengan apa yang badan perlukan. Rehat seketika mambantu anda bernafas dengan sempurna.
PASTIKAN PILIHAN ANDA
Asma tidak boleh dikaitkan dengan kehidupan yang tidak aktif. Selagi anda selesa dengan tahap aktiviti yang dijalankan, teruskan aktiviti itu.
Jurulatih bertauliah dan berpengalaman boleh membantu anda membentuk program senamam yang hanya sesuai untik anda.Dapatkan bantuan pakar sebelum memulakan senaman. Jaga keselamatan serta kesihatan diri dan lakukan riadah secara sihat.
Aina Samad
0129391473
Shaklee Independent Distributor

Comments
Post a Comment