Peranan Vitamin Dalam Tubuh
Sihat, Cantik dan Berseri semudah ABCEK!! Eh mana D? Kenapa
ada K pulak? Hehehehe kita fokus kepada vitmain untuk kulit sihat, cantik dan
berseri, jadi kita tinggalkan dulu D. Tapi jangan anggap D tidak penting tapi D
kita fokus untuk masuk dalam kategori yang lain. Kalau anda mencari vitamin
khas untuk kulit,lebih spesifik lagi untuk kulit sihat cantik dan berseri, stop
dulu kat sini dan baca entri ini sampai habis ya.
Vitamin bukan sahaja untuk sihat tetapi juga memainkan
peranan penting dalam mengekalkan keadaan kulit kita.
5 vitamin utama untuk kulit adalah
Vitamin A:
adalah penting untuk
menjaga keanjalan kulit, mencegah kekeringan, kedutan dan penuaan kulit.
Seseorang kekurangan vitamin A akan mempunyai kulit bersisik, gatal-gatal dan
mungkin jerawat. Vitamin A juga memainkan peranan yang amat penting dalam
membina semula tisu kulit. Retinoid, satu bentuk Vitamin A digunakan dalam
rawatan penyakit kulit seperti psoriasis untuk mengawal pertumbuhan sel.
Vitamin A boleh didapati dalam daging, susu, keju, telur,
bayam, lobak merah, brokoli, kacang, mangga, betik, aprikot, labu. Vitamin
Shaklee yang mengandungi Vitamin A adalah CAROTOMAX.
Vitamin B:
Komponen yang paling terkenal dari Kompleks Vitamin B adalah
Biotin. Biotin adalah nutrien penting untuk rambut, kuku dan kesihatan kulit.
Badan kita sendiri menghasilkan biotin iaitu di dalam hati dan buah pinggang.
Kekurangan Vitamin B Kompleks
menyebabkan gatal kulit, ruam kulit, dan keguguran rambut.
Niacin adalah satu lagi vitamin B yang membantu melembapkan
kulit. Vitamin B1 atau Thiamine pula
adalah vitamin lain yang kita perlukan untuk mempunyai kulit yang berseri. Ia
meningkatkan peredaran darah dalam badan yang menambah seri kepada kulit.Telur,
salmon, beras, pisang, oat adalah sumber semula jadi kaya dengan vitamin B.
Vitamin Shaklee yang mengandungi Vitamin B lengkap adalah B-COMPLEX.
Vitamin C:
Vitamin C adalah
salah satu vitamin yang melindungi kulit daripada penuaan dan kendur.
Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kedut dan perubahan warna kulit. Ia
merangsang pengeluaran kolagen. Dan ia adalah kolagen yang menjadikan kulit
muda dan lembut. Semakin usia meningkat, lebih banyak vitamin C diperlukan
untuk mengekalkan keanjalan.
Brokoli, kale, kubis, strawberi, lemon, oren, anggur,
Kembang kol semua penuh dengan Vitamin C. Vitamin Shaklee yang mengandungi
Vitamin C adalah VITAMIN C PLUS SR 500MG.
Vitamin E:
Mengembalikan kelembapan pada kulit dan melambatkan penuaan
sel-sel kulit. Ia kaya dengan anti-oksidan yang melindungi kulit daripada
radikal bebas dalam persekitaran kita. Vitamin Shaklee yang mengandungi Vitamin
e adalah VITAMIN E COMPLEX.
Vitamin K:
Vitamin K memberi faedah penting untuk kulit iaitu
mengurangkan penampilan lebam di bawah mata. Sesuai digabungkan dengan Vitamin
A sebagai pencerah kulit yang baik untuk lingkaran gelap di bawah mata.
Lingkaran hitam muncul kerana kebocoran darah dari kapilari di bawah mata.
Vitamin K memainkan peranan dalam pembekuan dan menebalkan kulit dan memastikan
pengurangan lingkaran hitam.
Vitamin Shaklee yang mengandungi Vitamin K adalah ALFALFA
COMPLEX
Untuk pertanyaan lanjut dan order vitamin Shaklee, hubungi
aina di talian berikut J
Aina Samad
0129391473
Shaklee Independent Distributor
Comments
Post a Comment