Tip Kekal Cantik
Selain beberapa perubahan pada wajah boleh dilihat termasuklah tekstur dan keanjalan kulit mula menurun. Kulit juga lebih kasar dan penghasilan kolagen juga turut berkurangan. Selain faktor usia, aktiviti dan pencemaran juga turut mempengaruhi berlakunya proses penuaan lebih cepat. Tekanan atau stres ditambah pula dengan gaya hidup yang kurang sihat menyebabkan kulit mulai kusam, kering dan sebagainya. Untuk memelihara kulit wajah, anda perlu menitikberatkan soal penjagaan kulit wajah. Rawatan pagi dan malam: Kulit wajah yang bersih mampu menyerap nutrisi lebih maksima. Cuci bersih wajah dengan menggunakan air suam. Pastikan anda memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah. Bagi anda yang memakai solekan, pastikan anda mencuci bersih wajah. Untuk menanggalkan sisa-sisa solekan dan kotoran dengan baik, apa kata gunakan berus wajah yang lembut. Urutan halus dari berus wajah ini juga dapat membantu melancarkan peredaran darah pada wajah. Setelah itu, lap dengan tua...