7 Cara Tingkatkan Stamina Anda

Jika boleh, kedai yang berada di seberang jalan sana pun, anda ingin menaiki kereta. Kononnya, malas untuk berjalan kaki dan selesa dengan memandu. Kenapa perlu berfikiran begitu? Ada pula yang baru beberapa minit berjalan tetapi keletihan yang dialaminya itu seperti anda berjalan sejauh tiga kilometer. Keadaan ini bermakna badan anda kekurangan stamina. Stamina ini sangat penting untuk anda melakukan aktiviti seharian bagi mengelakkan anda cepat merasa letih. Jadi, apa kata anda tingkatkan stamina dengan melakukan beberapa perkara ini : BERSUKAN : Menurut James Rippe, seorang pakar kardiologi dan Pengarah Institut Lifestyle Ripple di Shrewsbury, Massachusetts, Amerika Syarikat, sukan terutamanya aerobic adalah ubat terbaik untuk mengatasi keletihan dan meningkatkan tenaga. Senaman lain seperti berbasikal, berenang dan berjalan membantu menguatkan jantung supaya lebih banyak oksigen ke seluruh tubuh. MINUM BANYAK AIR : Kekurangan air dalam badan boleh menyebabka...