Tidur Yang Produktif

Sehingga sekarang fokus kesihatan selalunya adalah memastikan kita mendapatkan cukup tidur setiap malam. Tetapi sebenarnya kualiti tidur adalah lebih penting bagi pembaharuan dan penyegaran tubuh dan minda. Jika tidur anda selalu terganggu, anda perlu mengambil tindakan untuk mengawal penyebabnya. Jika dibiarkan ia akan memberi kesan kepada tubuh anda ke tahap di mana anda akan mengalami kesan mental, emosi dan fizikal yang negatif, sama seperti yang di alami oleh mereka yang murung tahap rendah. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Tidur Berkualiti? 1 – Dari Jam 9 Malam Hingga 12 Tengah Malam (Selepas Isyak) Tidur pada waktu ini adalah tidur yang paling berkualiti. Seseorang boleh mendapatkan sehingga 80% tidur nyenyak semasa tempoh ini. Tempoh masa selama 3 jam ini mempunyai ‘keberkatan” di dalamnya. 1 jam tidur bersamaan dengan 3 jam. Anda bakal mendapat tidur yang sangat berkualiti. Berdasarkan kajian saintifik, semasa tempoh masa ini, badan kita akan mengeluarkan sejenis ho...