Antara Vitamin C Dan Glutathione?
Assalamualaikum,
Saya perhatikan ramainya orang kita yang obses nak jadi putih dan cerah. Ada yang sanggup berhabis duit beli produk mencerahkan kulit tak mengira sama ada ia selamat itu tidak. Janji boleh putih dalam masa sekejap walaupun muka dan tangan warna lain-lain. Padahal, genetik kita pun rata-ratanya memang `tak berapa nak cerah`. :p
7 fakta ringkas tentang pigmentasi kulit.
Sebelum tue, jom fahami dulu macam mana pigmentasi kulit berlaku. Inilah penyebab kulit jadi gelap dan kadangkala muncul tompok-tompok hitam (jeragat).
Warna kulit kita datang daripada pigmen yang dipanggil melanin.
Melanin dihasilkan oleh melanocytes, sejenis sel yang terdapat jauh di bawah kulit.
•Dengan menggunakan sejenis enzim dipanggil tyrosinase, Melanocytes akan menukarkan tyrosine (sejenis asid amino) kepada melanin.
•Melanin yang terhasil ini kemudiannya `dihantar` ke lapisan atas kulit.
•Semakin banyak melanin terhasil, makin gelaplah kulit kita. Keadaan mereka yang tiada ataupun terlalu sedikit melanin pula dipanggil Albino.
•Terdapat dua bentuk melanin; Pheomelanin yang lebih cerah dan kekuning-kuningan, ataupun Eumelanin yang berwarna coklat gelap.
•Pendedahan kepada sinar UV matahari, ketakseimbangan hormon estrogen, pengambilan ubat tertentu, dll adalah antara faktor yang merangsang penghasilan melanin dan menyebabkan pigmentasi.
•Sinaran UV, asap dan pencemaran juga menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dan meningkatkan pigmentasi.
Jadi, kebanyakan produk memutih kulit @ produk mencerahkan kulit akan bertindak dengan memperlahankan penghasilan melanin ini. Ada yang guna bahan kimia untuk memberhentikan terus aktiviti melanocytes. Sesetengahnya guna teknik pengelupasan (peel), dan ada juga produk yang mengandungi vitamin untuk mencerahkan kulit.
Apapun pilihan anda, elakkan sebarang produk yang sampai boleh menghalang penghasilan melanin (contohnya seperti tranexamic acid) ataupun yang melibatkan pengelupasan (seperti merkuri atau hydroquinone).
Sebabnya, awal-awal memang kulit putih dan cantik dengan cepat, tapi untuk jangka panjang kesannya sangat bahaya! Tuhan dah jadikan melanin untuk memelihara sel-sel kulit kita daripada bahaya sinaran UV matahari, yang mana kalau terdedah secara berlebihan boleh menyebabkan kanser. Bayangkan kalau penghasilan melanin dihentikan terus, mudaratlah jawabnya, kan.
Berita baiknya, ada cara mencerahkan kulit yang semulajadi dan terbukti selamat iaitu dengan Vitamin C~~! ^_^
Bagaimana Vitamin C membantu mencerahkan kulit
Vitamin C (= Asid askorbik) adalah vitamin larut air yang terdapat pada buah dan sayuran terutamanya buah-buahan sitrus seperti lemon, limau dan oren.
kepentingan-kebaikan vitamin cIa didapati boleh membantu mencerahkan kulit secara semulajadi :
•Vitamin C mengurangkan penghasilan enzim tyrosinase. Jadi melanin kurang dihasikan.
•Vitamin C juga adalah sejenis antioksidan yang berfungsi melawan radikal bebas. Radikal bebas menyebabkan penuaan serta pigmentasi seperti timbulnya tompok-tompok hitam pada kulit.
•Vitamin C meningkatkan paras DUA ANTIOKSIDAN KUAT lain – glutathione (antioksidan utama) dan Vitamin E (antioksidan larut lemak).
Glutathione merangsang penghasilan Pheomelanin (yang mencerahkan kulit), berbanding Eumelanin (yang menggelapkan kulit).
•Produk topikal (untuk sapuan luaran) mengandungi Vitamin C juga membantu membaikpulih kulit yang terdedah kepada sinaran UV matahari.
•Vitamin C berfungsi sebagai ejen pengelupas semulajadi yang lembut. Bila sel kulit mati (yang pastinya terkandung melanin) dapat disingkirkan, kulit akan menjadi lebih cerah dan lembut.
Antara Vitamin C dan Glutathione, mana lebih efektif mencerahkan kulit secara semulajadi?
Kini banyak produk yang menawarkan kandungan Glutathione untuk mencerahkan kulit.
Hakikatnya, suplemen mengandungi Glutathione tidak berkesan untuk mencerahkan kulit dan membazir.
Kenapa?
2) Rata-rata suplemen Glutathione disyorkan untuk diambil bersama-sama Vitamin C (dalam dos yang besar). Kita sedia maklum pengambilan Vitamin C akan meningkatkan paras Glutathione di dalam darah, jadi bukankah lebih baik makan Vitamin C saja?
3) Pengambilan makanan mengandungi Glutamine seperti daging, telur, wheat germ, protein whey dan bijirin penuh boleh merangsang penghasilan Glutathione oleh organ hati kita.
Bagi saya, lebih baik kita gunakan wang tersebut untuk membeli buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang kaya dengan Vitamin C dan juga Glutamine, serta tambahkan suplemen Vitamin C ke dalam diet harian. Automatically ia akan meninggikan paras Glutathione dalam darah secara semulajadi. Tak perlu beli suplemen Glutathione untuk memutihkan atau mencerahkan kulit.
Jadi, jika anda mencari produk untuk mencerahkan kulit secara semulajadi dan selamat, saya sangat syorkan untuk anda amalkan sekurang-kurangnya Vitamin C semulajadi Shaklee iaitu
Dengan harga hanya RM92.50 untuk 180 biji tablet bagi penggunaan 2~6 bulan (bergantung kepada dos yang diambil), ia dapat membantu menampung keperluan Vitamin C anda setiap hari serta meningkatkan paras Glutathione di dalam darah bagi mencerahkan kulit secara semulajadi. Kebaikan Vitamin C untuk kulit juga sangat banyak.
Set Kecantikan Kulit Shaklee
Selain Vitamin C, nutrien seperti Vitamin E, protein, B-Complex dan gamma linolenic acid (GLA) juga sangat diperlukan bagi mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Sebab itulah ramai memilih Set Kecantikan Kulit Shaklee yang lengkap dengan kesemua nutrien untuk kulit tersebut.
set kulit cantik shaklee.
Bagi yang ingin fokus kepada awet muda pula, boleh cuba .
ACE set suplemen antioksidan Shaklee
Kombinasi , dan juga sangat baik bukan saja untuk kulit tetapi untuk kesihatan yang menyeluruh.
Set Awet Muda Shaklee
Anda berminat untuk mencuba Sustained Release Vita-C Plus atau mana-mana kombinasi produk Shaklee untuk kesihatan dan kecantikan kulit?
Hubungi aina untuk mendapatkan konsultasi dan membuat pembelian ya.
Aina Samad
012 9391473
Your Health And Beauty Consultant.
ANDA NI BUAT ARTIKEL IKHLAS ATAU NAK MELAKUKAN PRODUK YANG ANDA JUAL , Gluta juga ada gunanya terutama dalm bidang perubatan walaupun sesetangah yg anda katakan betul tapi cuba jangan mengelirukan org hanya semata-maata nak melakukan produk jualan anada
ReplyDeleteEn,sy ad bc pasal glutha dlm beberapa sumber dan ia klhtn bgus, mnurut pndgn en. sendiri yg mungkin...encik seorang doc, en. mnggalakkan pnggunaan suplmen gluta/ x mnggalakkan.
DeleteAda setengah penyakit xblh mkn vit c.jadi gluta blh diamalkn.
ReplyDeleteSaya sokong mfzaus7. Artikel hanya utk melakukn produk je
ReplyDeleteSy amal shaklee 5tahun, vit c, e, b kompleks, susu esp, gla, semua xde kesan
Kulit xcantkpun.
Mnipu
Betul ke tak berkesan? saya baru bercadang nak amik shaklee mungkin sb terpengaruh dengan cara diorang promote produk shaklee ok kot..
DeleteLas2 refer doktor pakar kulit
ReplyDeleteLgsung x belidh shaklee
Refer oakar kulit, ok
Saya makan total image glutathione selama 4 bln...kulit Satu bdn Makin cerah... Bnyak beza..cuma nk kena sabar..glutathione ni bnyk kebaikkan nya sbnarnya☺️
ReplyDeleteBess nye.. Sekali ngn vit c tak? Ke just glutathione. Bru beli gak glutathione smlm😅
DeleteJika benar kau akan masuk syurga..
ReplyDeleteTetapi kalau berbohong bersiaplah utk masuk ke dlm kerak neraka.
Emmh ... saya pengguna dan juga saya penjual glutathione dan vitamin c
ReplyDeleteBg saya sebagai pengguna vitamin c sahaja tidak cukup memerlukan glutahione juga ....untuk mencerahkan kulit dan juga memperbaik kulit yang kusam, dan berjerawat... vitamin c dia tak merawat kulit dia cuma melembab kan kulit dan meningkat sistem imunisasi sahaja
Emmh ... saya pengguna dan juga saya penjual glutathione dan vitamin c
ReplyDeleteBg saya sebagai pengguna vitamin c sahaja tidak cukup memerlukan glutahione juga ....untuk mencerahkan kulit dan juga memperbaik kulit yang kusam, dan berjerawat... vitamin c dia tak merawat kulit dia cuma melembab kan kulit dan meningkat sistem imunisasi sahaja
Gluthathione diperlukan untuk membuang radikal bebas dlm badan. Dengan umur saya sudah mencecah 42tahun dan cara kehidupan masa kini badan saya tidak cukup menghasilkan gluthathione. So saya juga pengamal supplement Glutamine beserta Transfer factor dari 4life Research, orang puji kulit saya bersih dan cantik, malah dalaman saya juga sihat. Yang penting kena kenal badan sendiri dengan mendapat nasihat doktor.
ReplyDelete