Wajah Berseri Tanpa Solekan

Wajah yang kelihatan lesu dan kusam sedikit sebanyak mencacatkan penampilan wanita malah ia mungkin mengurangkan keyakinan diri ketika berdepan khalayak.

Tampil dengan wajah berseri-seri tanpa mengenakan solekan tebal membuatkan sesiapa sahaja tertarik. Hakikatnya, untuk mendapatkan wajah sihat dan cantik tidaklah memerlukan belanja mahal atau perlu mengambil suntikan tertentu yang tidak diketahui kesan sampingannya.

Bagi membantu mengatasi masalah itu, berikut antara langkah yang boleh diamalkan untuk menaikkan seri dan  menyegarkan kembali wajah anda.

AIS
Sebaik bangun tidur, oles wajah dengan ketulan ais. Ini dapat membantu memberi kesegaran pada wajah di samping menegangkan kulit. Anda juga boleh gantikan ais dengan air sejuk. Bilas wajah setiap pagi dengan air sejuk. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.




SENAMAN WAJAH
Seperti anggota tubuh yang lain, wajah juga memerlukan senaman. Senaman ringan ini membantu meredakan otot pada wajah dan membekalkan oksigen. Bukan susah, senaman wajah yang paling mudah dan berkesan adalah dengan mengunyah gula-gula getah. Lakukan dengan kerap dan perhatikan perubahan pada wajah anda.




ELAK TEKANAN
Ramai yang mengambil mudah, tetapi anda perlu tahu tekanan bukan sahaja mengganggu emosi, malah boleh menghakis kecantikan semulajadi. Tekanan menyebabkan proses penuan berlaku dengan pantas dan membuatkan wajah nampak lesu. Oleh itu, anda perlu atasi tekanan dengan bijak. Senyuman dan gurau senda antara tip berkesan untuk mengurangkan tekanan.



JAGA WAKTU TIDUR
Tidur yang cukup sangat penting kerana ketika tidur, kulit akan memperbaharui sel. Anda mesti mendapatkan rehat dan sesekali manjakan tubuh di spa. Perlu diingat, tidur yang berlebihan turut memberi kesan sampingan yang tidak baik. Bukan saja wajah tampak kusam dan mata sembap, malah tabiat buruk itu membuatkan tubuh lesu.





URUTAN
Wajah dan tubuh perlu diurut sekurang-kurangnya sebulan sekali. Teknik urutan pada wajah akan membantu melancarkan perjalanan darah, membuang angin, mengatasi keletihan dan menjadikan wajah segar serta berseri. Urutan dengan teknik khusus sama ada secara manual atau mesin juga dapat membantu membentuk wajah lebih menarik.




Sharing is Caring :)

Aina Samad
0129391473
Shaklee Independent Distributor

Comments

Popular posts from this blog

Antara Vitamin C Dan Glutathione?

Manfaat limau kasturi

Testimoni Vivix Shaklee