7 Cara Tingkatkan Stamina Anda




Jika boleh, kedai yang berada di seberang jalan sana pun, anda ingin menaiki kereta. Kononnya, malas untuk berjalan kaki dan selesa dengan memandu. Kenapa perlu berfikiran begitu?

Ada pula yang baru beberapa minit berjalan tetapi keletihan yang dialaminya itu seperti anda berjalan sejauh tiga kilometer.
Keadaan ini bermakna badan anda kekurangan stamina.
Stamina ini sangat penting untuk anda melakukan aktiviti seharian bagi mengelakkan anda cepat merasa letih. Jadi, apa kata anda tingkatkan stamina dengan melakukan beberapa perkara ini :

BERSUKAN :
Menurut James Rippe, seorang pakar kardiologi dan Pengarah Institut Lifestyle Ripple di Shrewsbury, Massachusetts, Amerika Syarikat, sukan terutamanya aerobic adalah ubat terbaik untuk mengatasi keletihan dan meningkatkan tenaga. Senaman lain seperti berbasikal, berenang dan berjalan membantu menguatkan jantung supaya lebih banyak oksigen ke seluruh tubuh.

MINUM BANYAK AIR :
Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan seseorang itu keletihan. Ini kerana aliran darah akan perlahan dan mengambil masa yang lama untuk memberikan oksigen dalam sel-sel badan.
Minumlah sekurang-kurangnya dua liter sehari.

AMBIL VITAMIN, MINERAL & OMEGA 3 :
Menurut Dr. Roberta Lee, Pengarah Pusat Continuum untuk Kesihatan dan Penyembuhan di New York, Amerika Syarikat, vitamin membantu meneutralkan kerosakan sel dalam badan akibat serangan radikal bebas. Mineral pula menyokong dalam detoksifikasi badan dan omega 3, membantu keseluruhan bagi setiap sel berjalan lancer.

MAKAN SEDIKIT TAPI KERAP :
Makanlah dalam hidangan yang kecil tapi kerap untuk memberi tenaga pada badan. Ambillah karbohidrat dengan jumlah yang banyak akan menyebabkan gula dalam badan bertambah sehingga menyebabkan keletihan dan mengantuk.

UBAH TABIAT :
Malas untuk bangun pagi. Kali ini anda ubah dengan bangun awal pagi, mandi sebelum subuh dan lakukan aktiviti seperti jogging, berbasikal dan sebagainya.

BUAT SENARAI :
Menurut Ony Schwartz, melakukan perkara yang tidak menjadi keutamaan akan menghabiskan tenaga anda. Cuba ambil kertas kosong dan senaraikan perkara yang paling penting perlu anda lakukan dan lupakan perkara yang remeh temeh.

REHAT SECUKUPNYA :
Perlu ingat, badan anda bukan untuk bekerja selama 24 jam. Jadi, ambillah masa untuk berehat. Berilah ruang untuk diri anda.

Aina Samad
012-9391473

Your Health And Beauty Consultant.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Vitamin C Dan Glutathione?

Manfaat limau kasturi

PERBEZAAN ALFALFA SHAKLEE DENGAN ALFALFA JENAMA LAIN