Manfaat limau kasturi

Limau kasturi adalah sejenis buah sitrus yang paling banyak digunakan dalam masakan di Asia Tenggara. Perahan jus limau kasturi boleh memberi rasa segar terhadap makanan dan minuman yang disediakan. Buah ini turut dikenali dengan nama kalamondin (Filipina), Ma-naowan (Thailand), dan jeruk potong (Indonesia) dipercayai berasal dari China dan telah dibawa ke Indonesia dan Filipina. Pokok limau kasturi boleh dikenali melalui batang dan cabang pokoknya yang berduri. Buahnya berbentuk seperti limau dengan saiznya yang kecil. Baunya harum dan menyegarkan. Limau kasturi sangat kaya dengan kandungan vitamin C dan antioksidan yang baik. Terdapat pelbagai kegunaan limau kasturi : Penghilang bau badan : Limau kasturi dikatakan mampu dijadikan sebagai penghilang bau badan terutamanya jika dimakan dengan kulitnya. Limau kasturi menghalang perpeluhan melampau. Ia mengandungi sebatian antibakteria yang baik. Bakteria yang telah bercampur dengan peluh menyebabkan bau badan. Cara p...