Perlunya Supplement
Assalamualaikum,
Ramai yang beranggapan tak perlu mengambil supplement kerana
makanan sehariannya lengkap dengan gizi seimbang. Tapi harus diingat. Walaupun
pengambilan makanan seharian mengikut piramid makanan, adakah kita dapat
memastikan nutiren yang terkandung di dalam makanan tersebut mencukupi dan dapat
menampung keperluan badan?
Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan makanan yang paling
mudah untuk kehilangan nutrien di dalamnya. Nutrien di dalam makanan boleh
hilang melalui pelbagai cara.
Proses masakan
Proses masakan dapat mengurangkan kandungan nutrien di dalam
makanan. Vitamin dan mineral mudah musnah pada suhu dan tekanan tinggi.
Kandungan nutrien dalam buah-buahan pula semakin berkurangan apabila dipetik
dari pokok. Proses kehilangan nutrien akan terus berlaku semasa penyimpanan
buah-buahan tersebut
Stress
Stress dalam kehidupan Zaman sekarang memang tak dapat lari
dari stress. Tambah-tambah lagi bagi yang bekerja kan. Kat pejabat stress
dengan kerja pejabat, boss dan persekitaran sekeliling. Balik rumah pulak
stress mengadap jammed. Ibu yang tidak bekerja pon tak dapat lari dari stress.
Stress adalah antara punca yang mempercepatkan proses penuaan berlaku. Jadi
dengan mengambil supplement, proses penuaan ini dapat dilambatkan. Ya… kita
tidak boleh menghentikan proses penuaan. Tapi kita boleh melambatkan proses itu
daripada berlaku.
Pencemaran persekitaran
Pencemaran ni memang tak boleh nak elak la. Dalam rumah pon
kita guna pelbagai bahan kimia seperti pencuci lantai, pencuci pakaian dan
aerosol. Keluar rumah lagi la banyak pencemaran tambah-tambah kalau duduk kat
bandar besar atau kawasan perindustrian seperti asap kenderaan dan bahan-bahan
pelepasan perindustiran. Pencemaran seperti ini meningkatkan terbentuknya
radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan. Jadi supplement membantu melambatkan
proses penuaan berlaku.
Gaya hidup
Gaya hidup yang sibuk menyebabkan kebanyakan orang memilih
fast food Zaman sekarang semua orang sibuk kan. Kerja..kerja..kerja.. Ada
setengah tu jarak pejabat dengan rumah jauh. Banyak masa habis kat jalan. Dah
sampai rumah, nak masak pon tak sempat sebab semua orang dah lapar. Pilihan
yang ada selalu adalah makan di luar. Kadang-kadang tu terlampau sibuk nak
siapkan kerja nak keluar makan pun tak sempat. So, pesan je fast food. Keadaan
sebegini lah menyebabkan pentingnya supplement. Supplement membantu
menggantikan semula nutrien yang diperlukan oleh badan yang kita tak dapat dari
makanan yang kita ambil sehari-sehari
Keadaan fizikal
Bagi ibu mengandung, menyusu dan ibu yang sedang berpantang
memerlukan keperluan vitamin yang lebih tinggi berbanding wanita biasa.
Supplement dapat membantu memulihkan tenaga dan penyembuhan luka bagi wanita
yang baru lepas bersalin. Bagi wanita yang sedang berpantang pula, makanan yang
boleh dimakan sangat terhad. Jadi, supplement penting untuk menyokong keperluan
nutrien badan. Bagi ibu yang mengandung serta ibu yang menyusukan anak,
supplement penting bagi menyokong kesihatan ibu dan bayi.
Jadi, nampak tak kepentingan supplement. Ramai yang
beranggapan orang Malaysia ni dah cukup makan. Siang, malam, pagi dan petang
asyik makan je kan. Jadi, tak perlu dah supplement. Tapi itu dari segi
kuantiti. Tapi bagaimana pula dari segi kualitinya. Ada sesetengah orang
mengeluh makan cukup, tidur cukup tapi masih keletihan dan mudah mengantuk. DI
sinilah kepentingan supplement memainkan peranan.
Harus juga diingat, fungsi supplement itu sendiri.
Supplement bukan makanan yang menggantikan makanan seharian kita. Tapi
supplement berfungsi untuk melengkapkan pemakanan seharian kita.
Untuk mendapatkan supplemet 100% berkesan dan 100% selamat,
boleh hubungi aina J
Aina Samad
0129391473
Shaklee Independet Distributor
Comments
Post a Comment