Rawat Kulit Wajah Dengan Ais
Cantikkan Kulit Muka
Menggunakan Kiub Ais
Biasanya Aina gunakan
kiub ais selepas tanggalkan masker supaya lebih memudahkan pori² muka tertutup
dan kulit muka jadi lebih tegang. Kiub ais juga boleh digunakan sebelum make up
dengan cara oleskan pada kulit muka supaya hasil make up jadi lebih cantik.
Tapi ada yang Aina
terbaca di facebook ni tentang rawatan kecantikkan menggunakan kiub ais ni
sangat menarik. So Aina kongsikan dalam blog.
![]() |
Gambar: Diambil dari google |
Ada beberapa manfaat
yang boleh didapati apabila membuat rawatan kulit muka menggunakan kiub ais
pada waktu pagi dan malam . Mudah je sebenarnya untuk cantikkan kulit muka
dengan kiub ais ni. J
Manfaat cantikkan kulit
wajah menggunakan ais:
1. Kiub Ais Menjadikan
Kulit Bercahaya:
Bila meletakkan kiub ais
di atas kulit muka, kiub ais tersebut akan membantu melancarkan peredaran darah
di mana kulit akan kelihatan sihat bercahaya secara semulajadi . Untuk
memberikan kesan yang lebih, boleh juga menggunakan kuib ais buah- buahan ke
atas muka.
2. Kiub Ais Dapat
Mengurangkan Noda:
Penggunaan kuib ais
dapat mengurangakan noda pada muka dan radang serta kemerahan jerawat. Boleh
terus meletakkan kiub ais ke atas jerawat untuk beberapa saat sehingga merasa
kebas. Boleh lakukannya setiap pagi dan malam.
3. Kiub Ais Dapat Merawat
Bulatan Hitam:
Kombinasi jus timun dan
air rose yang membeku boleh diletakkan di bawah mata atau lingkaran hitam .
Ianya dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam.
4. Kiub Ais Sebagai Penyegar
Kulit:
Kiub ais merupakan
pelancar atau penyegar kulit yang murah . Boleh menggunakannya sebelum memakai
alat solek supaya liang - liang pori mengecil . Keadaan itu akan menjadikan
bedak asas anda lancar dan sempurna.
5. Kiub Ais Sebagai
Pengganti Alat Solekl:
Tidak punya banyak masa
untuk memakai alat solek? Jadi, letakkan sahaja kiub ais di muka menggunakan
kain balut . Ianya akan menjadikan kulit muka akan kelihatan berseri dan
semulajadi tanpa penggunaan sebarang alat solek.
6. Kiub Ais Menghalang Kedutan:
Penggunaan kiub ais pada
kulit muka dapat melambatkan wujudnya garis - garis penuaan serta mengurangkan
garis - garis penuan yang sedia ada.
Tips Penting Apabila Menggunakan Kiub Ais Pada Kulit Muka
Penggunaan kiub ais
berkesan tanpa dibalut tetapi perlu sentiasa menggunakan sarung tangan supaya
anda boleh memegang kiub ais dengan mudah..
Menggunakan kiub ais
yang berbalut ke atas kulit muka akan memberi kesan yang sama sekiranya meletakkan
kiub ais tanpa membalutnya.
Sejuk yang melampau akan
menghentikan kapilari di bawah kulit . Oleh itu , jangan meletakkan kiub ais
kosong yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk ke atas kulit muka.
Dilarang menggunakan
kiub ais kosong ke atas kulit muka yang sudah rosak kapilarinya atau meletakkan
kuib ais terlalu lama .
Sekiranya merasa tidak
selesa , berhentilah . Elakkan meletakkan kiub ais di satu - satu tempat
melebihi 15 minit .
Boleh mengisi kiub ais
dengan air rose , lemon , teh hijau , teh chamomile , timun dan bahan lain yang
mesra kulit mengikut keperluan kulit muka anda .
Mesti macam excited nak
mencuba kan. Lagi lagi bila dapat tahu manfaat kiub ais ke atas kulit muka dan
tips - tips penggunaan kiub ais memang bagus. Nak cuba pun senang je. Yang
penting rajin.
Jom cuba!
Aina Samad
0129391473
Shaklee Independent
Distributor
Comments
Post a Comment