Selamat Tinggal Jerawat


Selamat Tinggal Jerawat!





Jerawat adalah salah satu masalah yang amat menjengkelkan bagi kaum wanita. Sudah tentu perkara ini akan mengundang stress dan kadangkala turut menimbulkan perasaan rendah diri. Pun begitu usah terlalu gusar. Menurut laman web kecantikan popular dari seberang, vemale.com, terdapat lima cara mudah dan berkesan yang boleh diterapkan untuk mengatasi masalah ini. Hasilnya pasti terlihat dalam beberapa hari sahaja. Selamat mencuba😊

BAWANG PUTIH :
Bawang putih mampu mengusir jerawat yang tumbuh di kulit anda. Ini kerana sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan mikrob. Caranya mudah sahaja, anda perlu melumatkan bawang putih yang sudah dikupas dan letakkan pada jerawat kira-kira 20 minit. Meskipun baunya agak menyengat namun ia merupakan bahan yang tepat untuk mengatasi bakteria dan menyembuhkan dalam waktu yang singkat.

TEH HIJAU:
Menurut seorang guru kecantikan popular, Michelle phan, untuk terapi jerawat, anda hanya perlu mengambil sesudu teh hijau kemudian bancuh sehingga warnanya menjadi pekat dan kental, kemudian masukkan ke dalam peti ais dan bekukan. Anda boleh menggunakan ketulan ais batu teh hijau ini dengan menekapkan ia pada jerawat 2-3 kali sehari. Selain daripada mampu mengecilkan jerawat, ia juga boleh menghaluskan kulit.

TOMATO:
Tomato atau nama saintifiknya lycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini berkesan mengurangkan masalah jerawat dan menghaluskan kulit. Selain itu, ia mampu melindungi kulit dari matahari dan mengandungi antioksida. Potong tomato kepada 2 hingga 4 bahagian kemudian tekapkan pada kulit anda sebanyak satu hingga dua kali sehari, anda akan dapat melihat keberkesanan kesannya. Ia adalah cara yang mudah untuk mengusir jerawat.

PUTIH TELUR:
Menurut Bodybuildingforyou.com, telur kaya dengan vitamin yang dapat memerangi jerawat. Vitamin B2 yang terkandung di dalamnya adalah ubat berkesan untuk meredakan stress yang dapat meningkatkan produksi minyak dan menyebabkan jerawat. Sedangkan kandungan zink dapat memperkuat sistem kekebalan tubuh, menyembuhkan luka dan membantu mengatur hormon. Semua fungsi tersebut sangat berguna untuk memerangi jerawat.  Untuk itu, gunakan masker putih telur yang dioleskan pada wajah yang berjerawat semalaman kemudian bilas pada hari esoknya.

LEMON:
Apabila jerawat anda disertai minyak dan bintik hitam, ada baiknya mencuba tip yang satu ini. Ambil perahan lemon dan benamkan kapas di dalamnya. Kemudian letakkan kapas tersebut di kulit anda yang berjerawat selama beberapa minit. Cara ini dapat meredakan masalah jerawat kerana lemon kaya dengan vitamin c yang diperlukan kulit. Asid sitratnya mujarab untuk menghilangkan jerawat, sementara kandungan vitamin c nya penting untuk menghaluskan kulit kerana sifat alkalinya boleh membunuh bakteria yang menyebabkan tumbuhnya jerawat.

Aina Samad
012 9391473
Shaklee Independent Distributor.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Vitamin C Dan Glutathione?

Manfaat limau kasturi

Testimoni Vivix Shaklee