Manfaat Utama ESP Shaklee
Perbezaan Shaklee:
Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan
protein
berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protein yang pertama
ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Dimana, kini banyak ujian
klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protein soya
adalah factor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.
Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai
kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti
protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh
Shaklee hanya mengandungi “non-GMO” (non-Genetically Modified Organism) yang
mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu
tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga
segera dan boleh bertahan lama.
ESP (Energizing Soy Protein) dari Shaklee ini merupakan satu-satunya
produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang
tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber
vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat
sesuai untuk semua peringkat umur- tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks
Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada
pengidap kencing manis.
Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali
ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid
uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
TAHUKAH ANDA?
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya
terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat
mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I
yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambal membebaskan
glukos ke dalam system badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang
rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan
dalam jangkamasa panjang.
Sesetengah protein soya diproses dengan alcohol. Cara pemprosesan ini
bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk
kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam
pemprosesan. ESP dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan
daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.
MANFAAT UTAMA ESP:
Awet muda – Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah,
organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada
awet muda.
Baik untuk Hormon – Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya
dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormone wanita. Ia
membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit
jantung.
Baik untuk Prostat – Genistein yang terkandung dalam kacang soya
terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia
memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA
kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus
dan pembesaran prostat.
Kulit remaja – Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan
kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot,
percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
Pembekal tenaga – Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan system
imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan
tekanan.
Membaiki Pigmentasi – Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut
gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
Membaiki memori – Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan
seksual dan ransangan.
KEPENTINGAN PROTEIN
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu
dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang
fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan
protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah
lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna
rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan
hormone, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya
boleh membawa kepada kematian.
APA ITU ASID AMINO
Protein terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya
akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein
dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh.
Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh
dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali
sebagai asid-amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid-amino perlu
tersebut.
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity
preserved program. Ia menghasilkan kacang soya bebas daripada pendedahan
perubahan genetic, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.
REKOMENDASI
2-3 kali sehari, 2 sudu besar (perut kosong) (boleh campur dengan Meal
Shakes dan Performance Drink).
Aina Samad
012-9391473
Your Health And Beauty Consultant
Comments
Post a Comment