Vitamin Untuk Kulit
Vitamin Untuk Kulit Anda.
Inginkan Kulit Sihat, Cantik dan Gebu?
Wanita amat suka dengan kecantikan. Apatah
lagi mereka mahukan diri mereka cantik sentiasa. Tidak hairanlah banyak produk
kecantikan wanita di jual di luar sana. Apa sahaja ada dari hujung rambut
hingga hujung kaki. Tetapi adakah ia selamat untuk anda?
Di sini saya nak kongsikan kepada anda
bagaimana untuk mendapatkan kulit sihat dan cantik. Pasti anda akan rasa
gembira dan bangga jika kenalan anda atau suami anda memuji-muji kecantikan
kulit anda yang sihat,cantik,cerah dan gebu tanpa secalit mekap pun.
Semuanya daripada sumber semulajadi,
selamat, berkesan dan telah menjalani ujian klinikal. Mendapat kelulusan dari
KKM dan yang penting HALAL.
Antara vitamin kecantikan yang dicadangkan
ialah:
SET KECANTIKAN_KULIT
Vitamin E:
Vitamin E terkenal sebagai vitamin cinta,
vitamin kulit dan juga vitamin untuk awet muda. Ini adalah kerana sifat anti
oksidan dan anti penuaan yang terkandung di dalamnya. Vitamin E ini dapat
membantu mengurangkan kesan kulit jeragat dan juga parut jerawat dengan
berkesan, mengurangkan kedut dan garis halus. Selain itu ia mampu memulihkan
tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
B-Complex:
B-Complex penting dalam menstabilkan horman
kita disebabkan stress, letih, cepat marah, kemurungan, insomnia. Ini adalah
antara faktor yang akan menyebabkan jerawat mudah tumbuh. Selain itu ia dapat
mengekalkan kesihatan rambut, memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur,
rambut gugur dan beruban. Rambut juga mahkota wanita yang perlu dijaga kan?
Vitamin C:
Vitamin C amat penting dalam merangsang
pembentukan kolagen. Itulah juga sebabnya ramai di kalangan wanita hari ini
suka membuat suntikan vitamin C dimuka mereka untuk mendapatkan kulit muka yang
cerah dan tegang. Dengan Vitamin C ini, anda tidak perlu menahan sakit lagi
untuk suntikan. Hanya amalkan pemgambilan Vitamin C ini setiap hari untuk kulit
yang lebih cerah, cantik, gebu malah menyekat pembentukan pigmen yang
menyebabkan jeragat.
Selain daripada ketiga-tiga vitamin yang
saya sebutkan di atas, anda boleh menambah pengambilan ESP dalam rangkaian
vitamin tersebut. Kenapa ESP ini juga penting?
Energizing Soy Protein (ESP):
ESP penting kerana ia bertindak
menghasilkan sel-sel kulit yang baru. Ia membantu mengurangkan kesan hitam
akibat daripada sel kulit yang telah mati. Setiap 21 hari sel kulit kita akan
mati, dan akan digantikan dengan yang baru jadi, kita harus memastikan
pengambilan protein yang cukup dan betul. ESP adalah sumber protein yang akan
membantu meningkatkan kualiti sel-sel kulit baru bagi mendapat kesan kulit yang
cerah dan sihat.
Jangan lupa ye pengambilan air yang
secukupnya sekurang-kurangnya 2-3liter sehari mengikut berat badan kita.
Dikatakan setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum 1 liter air bagi
keperluan tubuh badan anda. Kekurangan air juga boleh menyebabkan kulit kering
dan tumbuhnya jerawat disebabkan sisa-sisa toksin yang berada dalam badan kita.
Dengan meminum air dengan banyak, sisa-sisa toksin tersebut dapat dikeluarkan
melalui air kencing atau peluh.
Jom dapatkan vitamin kecantikan anda hari
ini. Sebarang pertanyaan dan konsultansi PERCUMA sila berhubung dengan saya
yer..Jangan risau, ada juga set yang sesuai untuk budget anda..
SMS/Call/WhatsApp: 012 9391473 (aina)
Comments
Post a Comment