Minyak Ikan Shaklee

KEISTIMEWAAN MINYAK IKAN #SHAKLEE Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3. Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu: 1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA) 2. Docosa Hexanoic Acid (DHA) 3. Alpha Linolenic Acid (ALA) Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu yang anda beli di pasaran. Kini terjawablah sudah persoalan anda itu bahawa susu itu mengandungi tambahan Omega 3. Anda tidak perlu mengingati semua nama yang disebutkan. Yang penting sekali, anda tahu ianya adalah Omega 3 dan khasiatnya untuk kesihatan anda. Supplement Omega 3 sudah mengandungi semua jenis khasiat yang dinyatakan, jadi apa yang penting ialah anda perlu memakannya setiap hari. Omega 3 amat penting untuk kesihatan. Terlalu banyak kajian saintifi...